http://www.thecutestblogontheblock.com

Sunday, 16 October 2011

Bagaimana membina sebuah blog yang berjaya?

Tulis sahaja. Tulis dan terus menulis.
Saya ada sebuah blog motivasi dan buat masa ini saya lebih ‘bermain’ dengan simple SEO, iaitu kata kunci. Trafik masuk, walaupun tidak banyak. Saya fokus pada SEO kerana pembaca lebih targeted.
Tip: Wajib pasang plugin Stats untuk lihat keyword apa yang menjadi punca trafik masuk.
Lupakan dahulu komen yang banyak, trafik yang besar, Theme (design) yang cantik dan sebagainya. Utamakan penghasilan content secara berterusan.
‘Kesan Berantai…’
Saya suka membuat pemerhatian. Baru-baru ini, seorang pelukis komik-M ada membuat video parody untuk KL Gangster. Tajuk filem pendek beliau bersama rakan-rakannya adalah iKLan Gangster. Video di Youtube itu mendapat view lebih daripada 100 ribu dalam masa dua tiga hari sahaja.
Saya adalah pengikut channel Vlog beliau di Youtube. Video-video sebelum ini mendapat beberapa ratus view sahaja. Namun disebabkan video filem pendek yang menarik itu, video-video yang lepas terus mendapat view yang banyak. Kini mencecah ribuan view. Bermaksud, pelayar Channel Youtube beliau turut menonton video-video yang lepas.
Apa yang saya mahu sampaikan adalah, artikel-artikel yang kita tulis di blog walaupun belum ada komen dan pembaca yang ramai, kkelak apabila diri kita mula dikenali dan mempunyai pengikut ataupun mungkin terdapat satu artikel yang terbaik, ia akan menyebabkan pembaca akan turut menyelongkar artikel-artikel yang lama.
Tidak perlu risau trafik. Tidak perlu risau ada komen ataupun tidak. Tidak perlu risau promosi yang besar-besaran. Lakukan yang kita mampu buat dahulu. Tulis artikel walaupun sekadar tip yang ringkas (pendek). Yang penting adalah melatih diri agar konsisten sehingga diri rasa tidak selesa apabila tidak mengemaskini blog.
Punca kegagalan memiliki blog yang berjaya adalah kerana mengharap sesuatu yang besar dalam masa yang singkat. Walhal, fitrah kehidupan ini adalah bertahap, dari bawah ke atas, dari kecil kepada besar. Bukan sebaliknya.
Lakukan secara bertahap dan rancang tahap-tahap itu dari awal.
Tip menulis blog secara konsisten:
1. Tulis tip-tip yang ringkas sahaja.
2. Tulis dalam bentuk senarai.
3. Post imej sahaja.
4. Post video sahaja.
5. Paksa diri menulis/update blog walaupun beberapa ayat sahaja. :)
Blog Motivasi yang dimaksudkan: http://motivasiusahawan.com
FB Page Konsultan WordPress: http://www.facebook.com/KitBlogger

No comments:

Post a Comment